Piagam Pelanggan bagi Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak adalah seperti berikut:

  • Kami bersedia menjadi pusat ibadat, penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma'ruf dan nahi munkar
  • Kami memastikan masjid menjadi tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah
  • Kami berusaha untuk memajukan pengajian formal dan kefahaman Islam, membangun ekonomi serta meningkatkan pengetahuan isu-isu semasa dan komunikasi di kalangan ahli kariah
  • Kami bersedia menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat
  • Kami bersedia memberikan sokongan terhadap usaha membangunkan nilai keimanan di kalangan masyarakat
  • Kami memberikan layanan saksama terhadap semua permohonan untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di masjid dengan mengikut syarat yang ditetapkan