Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak juga menyediakan sebuah perpustakaan untuk kegunaan ahli kariah masjid. Bilik perpustakaan masjid terletak di tingkat 2 masjid berhampiran dengan tempat mengambil wuduk lelaki. Perpustakaan ini mempunyai koleksi kitab-kitab dan buku di samping dilengkapi dengan penghawa dingin.