Delegasi Mahabbah 2014

Posted in Terkini

Sabtu, 15 Mar 2014 - Aktivitii kedua delegasi mahabbah HELWA Masjid Al-Khairiyah bagi tahun 2014 merupakan kunjungan ke Surau Al-Iman SG 7 pada pagi Sabtu 15 Mar yang lalu. AJK HELWA telah sempat turut serta mengikuti kuliah pagi Sabtu Surau Al-Iman dengan ceramah hadith yang telah disampaikan oleh Ustaz Faridh. Selepas itu, acara delegasi mahabbah dimulakan dengan pembuka majils oleh ketua muslimat Surau Al-Iman, iaitu Datin Sabariah. Acara disusuli pula oleh sessi perkenalan diikuti dengan perkongsian serba ringkas tentang rancangan aktiviti HELWA untuk 2014 dan juga aktiviti Surau Al-Iman. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sumbangan dari kedua pihak HELWA dan Surau Al-Iman. Terima kasih juga di atas hidangan pagi beraneka jenis yang dihidangkan. Semoga ukhuwwah dapat dieratkan dan dapat bekerjasama dalam aktiviti anjuran masjid dan surau.

 

 

 **********************************************************************************************************************************************************

Selasa, 18 Februari 2014 - HELWA Masjid Al-Khairiyah telah memulakan aktiviti Delegasi Mahabbah ke surau sekitar kariah masjid dengan lawatan ke Surau Ubudiah bermula solat maghrib sehingga selepas isya'. Alhamdulillah dapat berpeluang solat berjemaah dengan jemaah surau Ubudiah, mendengar tazkirah maghrib disusuli dengan majlis taaruf ringkas di antara muslimat surau Ubudiah dan AJK HELWA Masjid Al-Khairiyah. Semoga pertemuan yang singkat itu dapat merapatkan lagi ukhuwwah di samping memudahkan kerjasama dalam menjayakan aktiviti dan program masjid dan surau.

 

 

 

Malam Kenal Rasul

Posted in Terkini

Ahad, 2 March 2014 - Malam Kenali Sunnah Nabi anjuran Masjid Al-Khairiyah dan Tahfiz Darul Masri telah berlangsung bermula pukul 4 petang dengan majlis bacaan Al-Quran dan qasidah. Kemudian selepas maghrib diadakan penyampaian tazkirah, nasyid dan qasidah.  Majlis disambung dengan solat isya' diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada para penceramah, qasidah dan nasyid. Para ulama' dari pelbagai negara seperti Maghribi, Mesir, Surabaya, Jakarta dan Malaysia turut menyampaikan ceramah berkisar kepada mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

Himpunan Muslimah Gombak

Posted in Terkini

Sabtu, 23 FEBRUARI - HELWA Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak bersama-sama muslimat dari surau-surau di kariah Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak telah dengan jayanya menganjurkan sebuah program khas untuk Muslimah di sekitar Gombak yang diberi nama Himpunan Muslimah Gombak. 

Setelah pendaftaran peserta, perasmian program telah disempurnakan oleh Ustaz Salehudin Nasir, diikuti dengan satu forum bertajuk "Bagaimana Mendorong Pelajar/Anak dengan Teknik Nabi Muhammad s.a.w". Ahli panel forum terdiri dari pengamal teknik "Bagaimana Mendorong Pelajar/Anak dengan Teknik Nabi Muhammad s.a.w" iaitu Puan Nurhidayah Jaafar dan Dr. Wan Mazwati Wan Yusuff, seorang pengkaji hadith psikologi dari UIAM. Di sebelah petangnya pula, program diserikan dengan penampilan istimewa Heliza Helmi dengan acara grooming dan teknik hijab.

Selain aktiviti di atas, aktiviti-aktiviti selingan termasuklah pertandingan gubahan dari kain sejadah, pemeriksaan kesihatan percuma dan tips penjagaan kesihatan untuk wanita. Ada di antara peserta program yang bertuah kerana memenangi hadiah cabutan bertuah yang diadakan di sepanjang program. Selain daripada itu, peserta juga berpeluang membeli-belah dari gerai-gerai yang terdapat di sekitar lokasi program yang menawarkan pelbagai jenis jualan makanan, pakaian, aksesori dan lain-lain dengan harga yang berpatutan. Dengan kehadiran peserta seramai hampir 200 orang, program ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan di antara Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak dan masyarakat setempat, khususnya para wanita.