TAZKIRAH:

 

 
PENGENALAN ILMU TASAUF

 

Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menjalani latihan yang di alami oleh jiwa

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

i. Taubat ii.Khauf ( Takut )  iii.Zuhud  iv.Sabar. v.Syukur.           vi. Ikhlas. vii.Tawakkal. viii. Mahabbah ( Kasih Sayang )           ix. Redha.  x.Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

Pengajian Tasauf di Masjid Al-Khairiyah dipimpin oleh Tn. Guru Hj Jahid Sidek setiap Isnin minggu pertama.

   
 

   
 

   
   

 
 

Arkib Tazkirah

     
       
         
               
 
     

ADAB TERHADAP BAGINDA RASULULLAH s.a.w

i) Allah telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman Allah :

“ Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.....”  Al-Hujurat 49:1

ii) Sesungguhnya Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :

“ Wahai orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul...” Muhammad 47:33

iii) Allah menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :

“ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu.....”                                                 An-Nisa’ 4:105

iv) Allah telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi pekertinya. Beliau memiliki kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik dan sempurna.

Beberapa cara beradab kepada Nabi Muhammad S.A.W  antaranya :

-Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama tanpa ada keraguan.

-Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W  dan sunnahnya sebagai yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan lebih dari seluruh makhluk Allah.

-Mengagung dan menghormati Nabi Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya, mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.

-Membenarkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama atau dunia,dan  menjadi mata rantai yang menyambung perjuangannya.

-Merendahkan suara di makam dan masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.

-Mencintai para salihin dan para pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.

Rujukan : Bimbingan Mukminin

       
               
Susunan Tazkirah oleh Biro Pengajian dan Pendidikan

Di sediakan & rekacipta: Biro Penerangan & ICT 2009