TAZKIRAH:

 

 
  PENGENALAN TASAUF & ADAB TERHADAP       RASULULLAH s.a.w    

  Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .                                                             Lagi...    
 

   
 

   
  SOLAT SEMPURNA BUKAN YANG SAH SEMATA-MATA  

 

Solat yang sempurna bukanlah bererti solat yang sah semata-mata, tetapi solat yang  sah dan juga dilakukan bersama sunat-sunat dan kesempurnaannya. Secara lebih mudah, solat yang sempurna ialah solat dengan kaifiat yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. Lebih dekat sesuatu solat dengan kaifiat yang dilakukan oleh baginda, maka lebih sempurnalah solat tersebut. Terdapat dua hadis asas yang digunakan untuk membincangkan kaifiat solat.              Lagi...

 

Arkib Tazkirah

     
 

   

KESEMPURNAAN MENUTUP AURAT SEBAGAI TANDA PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH swt.

         
     

Satu ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil.Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

     
     

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.                                       Lagi....

     
      MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 1431 HIJRAH      
     

Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)
              Lagi...

     
      APA ERTI MENGANUT ISLAM      
     

Tahukah kita bahawasanya agama Islam itu bukan setakat perlaksanaan rukun Islam yang lima semata-mata. Jika demikian apakah lagi tuntutan-tuntutan yang mesti dilaksanakan oleh kita sebagai umat Islam?                   Lagi...

     
                 
 
       

KHUTBAH TERAKHIR BAGINDA RASULULLAH S.A.W

Sekadar sebagai muhasabah diri kita semua, fitnah akhir zaman sudah mula berleluasa. Marilah kita ingatkan kembali dan segarkan kembali pesanan Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

 “Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

 

     
      Susunan Tazkirah oleh Biro Pengajian dan Pendidikan    
   

Di sediakan & rekacipta: Biro Penerangan & ICT 2009