SELAMAT DATANG

Selamat datang ke Laman Web Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak. Laman ini insyaAllah akan memberikan maklumat tentang perjalanan serta aktiviti masjid di dalam usaha mentranformasikan fungsi Masjid ke aras satu tahap yang dapat dicapai oleh setiap anak kariyah. Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri ingin melihat supaya masjid bukan setakat tempat beribadat khusus sahaja malahan ianya berfungsi untuk menegakkan syiar Islam dalam seluruh kehidupan manusia.

Usaha ini akan dapat dicapai sekiranya setiap ahli kariyah memainkan peranan yang sama dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kesenambungan usaha Rasulullah s.a.w dalam mempertabatkan agama Islam sebagai agama yang mutlak untuk seluruh umat manusia. Untuk itu marilah kita sama-sama meningkatkan usaha kita dalam mencapai matlamat tersebut agar Allah s.w.t memberikan hidayat dan keberkatanNya.

 

"Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al_Quran yang diturunkan kepada mu dari Tuhan mu itu (Wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya?" {Surah Ar-Ra'd:19}

وَإِذۡ قَالَتۡ أُمَّةٌ۬ مِّنۡہُمۡ لِمَ تَعِظُونَ قَوۡمًا‌ۙ ٱللَّهُ مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُہُمۡ عَذَابً۬ا شَدِيدً۬ا‌ۖ قَالُواْ مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ (١٦٤)

 

   

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa.(164:Al-'Araf)

     
 
 SAMBUTAN ZIKRA MAULIDUR RASUL 1433H  
 

 

Bulan Rabiul-awal kembali lagi. Bulan yang penuh keberkatan dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pada tanggal 12 Rabiul-awal, Tahun Gajah.  Selawat & salam keatas baginda Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w tiada tandingannya yang seharusnya menjadi satu motivasi & ikutan kepada seluruh umat Islam sedunia.

InsyaAllah, seperti tahun sebelum ini, pihak Masjid Al-Khairiyah sekali lagi merancang beberapa program sempena bulan serta tarikh kelahiran Nabi s.a.w. Marilah seluruh warga dan ahli kariyah Masjid turut serta meraikan bersama program-program yang telah diatur tersebut. Penglibatan serta sokongan anak-anak kariyah adalah sangat dihargai dalam menjayakan program dan didahului dengan ucapan terima kasih.

T
 MELABURLAH DALAM SKIM SUMBANGAN TETAP   

Muat turun borang sumbangan di SINI

 
 

Skim sumbangan tetap masjid ini masih dan sentiasa dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada masjid. Tujuan tabung ini di adakan adalah sebagai usaha pihak masjid untuk membiayai perbagai aktiviti serta bagi menampung kos pengendalian masjid yang dari hari kesehari meningkat.

Ianya juga memberi peluang untuk masyarakat Islam tak kira dimana mereka  berada untuk menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah swt.

Semuga dengan adanya tabung ini maka segala perancangan aktiviti-aktiviti serta program-program pengimarahan masjid dapat dilaksanakan dengan lancar jenteru dapat memberi manfaat kepada umat Islam khasnya di dalam kariyah Masjid Al-Khairiyah.

Pihak masjid dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah pun masuk skim ini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. InsyaAllah.

 
 
     

   
 

PELABURAN AKHIRAT

Melaburlah dalam  amanah saham akhirat. Kami memerlukan serta mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari anda untuk menjalankan aktiviti masjid yang berkonsepkan dari jemaah untuk jemaah. Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun berikut:

Masjid Al-Khairiyah  

5647 9910 1428 Maybank

 
 

LAMAN PAUTAN

     
         
  Al-Quran Online      
 

Portal Kerajaan Negeri Selangor

     
 

Jab. Agama Islam Selangor (JAIS)

     
 

Lembaga Zakat Selangor (LZS)

     
     
 
 
             
           

 DOA NABI MUSA a.s

 
           

 

 
 
DISKUSI ILMIAH MUSLIMAT
     
 

Setiap Sabtu

minggu ke2

Jam 3.00 hingga 5.00 ptg.

Bilik Seminar Masjid.

Bermula pada

10hb. April.

Diskusi Fiqh/Tafsir

Bersama :

USTAZH. NORHAFIZAH MUSA

Semua dijemput hadir beramai-ramai.

         
       
 

         
     
UCAPAN KHAS
 
     

Tuan Nazir, Major (B) Tn. Hj. Ayub Dolah serta Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Khairiyah mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433 Semuga Allah swt. mencucuri rahmat keatas seluruh anak kariyah. Jazakallah Khairan Kathira semuga tahun yang mendatang akan lebih bermakna dalam usaha meningkatkan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t

 
             
 

   

 
             
         

 

     
      Organisasi   Jadual Kuliyah   Aktiviti Risalah Dakwah Tazkirah Khairat   Hubungi kami    
                                     
Disediakan oleh Biro ICT & Penerangan 2012